Sunday, August 21, 2011

wahahaiooo

chansung,saya dah pegi kursus kahwin..awak bila lagi??haha

haha..aku selalu berangan chansung 2 pm tu pakwe aku.haha..aku masuk rancangan we got married sama sama dengan dia.masak untuk dia(macamlah dia boley makan nasi lemak)..haha


memang takkan jadi kenyataan,tapi best taw bila berangan macam tu,tapi makruh la pulak kan..haha,sementara masih ada banyak masa untuk berangan kan..serius lepas ni aku tak banyak masa..cuti sem pon seminngu je,tu tak masuk lagi nak p praktikal kat hospital..

oohh chansung,sila datang melamar saya,tapi awak mesti peluk islam dulu,biar ngaji Al-Quran pandai pandai..nanti awak lagi nampak hensem..

jom main squasy dengan saya..hahah..

dah dah..jom baca Al-Quran..khatamkan..tinggal berapa hari je nih..hehe..

aku baru balik dari kursus kahwin..laen kali eh aku cerita,tiba tiba arini teringat kat boypren pulak..chansunggg!!!..haha..izzatul baca mesti torgola golak eh..tak sangka aku minat chansung..aku tak penah bagitaw dia pon..hahah...

aku rasa entri kali ni betul betul lagha..haha

Wednesday, August 17, 2011

terharu T_T

duk tgh menggulung kulit popia nak buat kuih raya,tiba handphone berbunyi ada mesej.

"Oh Allah, I don't know of all the challenges this person has,
but You know everything,
I hear her silence,
You hear her plead,
I hear her laughter,
You see her tears,
I see when she gives,
You see what has been taken from her,
I see her appearance,
You see her soul,
I experience her faith,
You knew her doubts,
I pray to You, is to give her everything she needs and bless her abundantly for all the times to come..amiin"

oh bhaiya,so sweet!

thank you..

aku terharu..=) T_T

Tuesday, August 16, 2011

ehem ehem

HAHAHA...

nak habaq kat hampa semua..imam muda ali balas comment akuuuu..hahaha..aku minat dia..sbb walaupon dia stylo,ilmu penuh di dada..hampa x caya??

sat..

sat..

sat..

hampa tengok ni..



alaaaa...x nampak sgt..sbnrnya dia da reply 2 kali..pastu dia adjust ayat..ngehngeh....

hahahaha..mesti hampa pelik kan kenapa aku seronok..haaha

Sunday, August 14, 2011

aku terpikat

sungguh first time tengok mata tak lepas nak memandang dia.ah..sungguh memikat jiwa qolbu..haaaa..aku mesti dapatkan dia..





macam mana la boley tak terpikat kann..hmm..mungkin dimata aku cantik..tak tawla mata orang laen kann..ahh..sambil menaipsambil pakai..HAHA..x senonoh punya perangai

Tuesday, August 9, 2011

ciri ciri lelaki idaman

hahahaha..diatas permintaan izzatul farhanim saya buat entri ni..setiap orang mesti ada lelaki ataupon wanita idaman kan.tipulah kalau takde.kita manusia biasa,tak lari dari kuasa memilih.aku akan hurai satu persatu ciri ciri lelaki idaman aku.hihuew*excited*

kita nak mulakan dengan apa eh..haa..attitude la dulu kan.perkara pertama,dia mesti pandai mengaji Al-Quran dan pandai hukum tajwid.sebab apa,nanti senang nak ajar anak anak aku mengaji,kalau bapaknye tak tahu mengaji macam mana nak jadi role model untuk anak anak kan.

kedua,semestinya solat 5 waktu sehari.tiang agama dia mesti kukuh dulu,baru sejuk je mata ini memandang.haha

ketiga,bertanggungjawab.lelaki mestilah menjadi seorang yang bertanggungjawab,yelah,nak jadi ketua keluarga kan.aku boleh nilai seseorang tu samada bertanggungjawab atau tak.

keempat,jujur.orang tu mestilah jujur dengan aku.aku tak suka bila depan aku ckap laen,tapi belakang aku buat benda laen

kelima,penyabar.sebab aku ni banyak songeh.al maklumlah anak bongsu.dan dia mesti sabar untuk pujuk aku bila aku merajuk..ececeh dah berangan nak merajuk*geli je*

keenam,berkarisma..aku suka perkataan ni..ala ala karisma kapoor gituew..haha..berkarisma ni susah nak diterangkan.paham paham sendiri la yo..

ketujuh,tidak sesekali putus asa..kira pejuang la..kalau dia cepat putus asa,mcm mana nak bagi aku semangat?

kelapan,hormat orang tua.dalam erti kata lain,sopan santunla..heeheh..aku lemah bila tengok lelaki berbaik dengan orang tua..ngee..hati wanita siapa yang tahu..haha..

kesembilan,memahami aku.aku ni bukannya orang bermisteri sampai susah nak paham kann..hahah..so yang ni senangla..

kesepoloh,boleh berkawan dengan kawan kawan aku,ataupon rendah diri.yelah,kalau tak boleh berkawan dengan kawan kawan aku,macam mana nak kenal dengan sapa aku berkawan kan.

tapi kan sebenarnya,aku nak cari suami yang tinggi,tak tau kenapa mesti tinggi,tapi memang tinggila.pastu tak nak cari sebaya,kalau boleh nak cari yang tua 2,3 tahun,tapi kalau sebaya pon okayy asalkan dia matang.lagi satu,aku x boleh tengok lelaki pakai kemeja.cairrrrrr oohh..haha..nnt nampak dada mereka yang sasa itu*astaghfirullah*hanyut sekejap.(tadi aku nampak anak jiran aku baru balik keje,pakai kemeja..uuu...)

okayy..dah dah..cukup..haha..seterusnya,kalau boleh aku nak suami putih,kira kulit asal dia putih,kalau muka gelap sebab jemur tengah panas xpe,asalkan dia putih,sebab aku nak anak putih putih semua..hahahha.kalau boleh hidung mancung,sebab hidung aku tak berapa nak manchung.rambut tak kisah,asalkan jangan botak ditengah sudah.perut buncit tak mau,belum kahwin da buncit,lepas kahwin,makan masakan aku lagilah buncit nanti.tak syiokla.tough.haaaa..tapi tak mau tough sangat macam body builder tu,tapi kira badan cantikla.macam mana punya cantik?cantik dimata aku.hahaha.nanti pakai baju pengantin nampak hensem je..ouuhh..hahaa..aku dapatkan bayangkan tapi tak taw muka sapa..hhaha

dan,semestinya agak kachak gitu.aku tak nafikan aku adalah seseorang yang agak memilih rupa walaupon aku takde rupa.haha..mestilah,nanti anak tak comel nanti.lagi apa eh,yaaa..semestinya seorang yang pandai.senang hidup nanti.

kesimpulannya,kalau hati aku dah berkenan kat seseorang tak payah susah susah dia nak pikat aku sebab aku dah pon terpikat kat dia.kalau hati aku kata tak nak,cubalah berapa tahun pon,kalau aku cakap tak nak,tak naklah jawapannya.maaflah kalau entri kali ni nampak macam menggatal ke menggedik ke,tapi secara jujurnya aku juga manusia biasa yang punya impian dan harapan.ececeh.

*aku nak tanya,pernah tak korang terdetik dalam hati kecil bila jumpa seseorang,korang akan rasa..oh,aku da jumpa jodoh aku,cuma masa belum tiba..pernah tak pernah tak...cepat bagitau,kita nak tau niiii



Monday, August 8, 2011

merajuk

aku merajuk dengan abah sebab abah tak nak bawak aku pegi al-salam.aku nak carrot susuuuuuuuuu.tak mau kawan abah

Thursday, August 4, 2011

masa depan

aku rasa takde apa yang harus aku pkirkan sekarang melainkan meletakkan masa depan aku dalam keadaan stabil.dah stabil baru aku pikir yang laen laen.buat masa ni aku rasa situasi aku terumbang ambing,memang insyaAllah after graduate aku dapat keje,tapi aku taknaklah selamanya lamanya jadi nurse.takkan sampai pencen pakai uniform kan.time tu perut da buncitla apala,da tak cantik.dalam carta hidup aku sekarang aku kejar masa depan tapi tak lupa juga bekalan untuk akhirat.mana taw umur tak panjang.siapa taw kan.aku harap sangat peluang akan datang dan masih ada untuk aku supaya aku boleh jadi manusia yang lebih berguna.tak semestinya kita gagal dalam pelajaran kita gagal dalam kehidupan.tapi kes aku sekarang gagal dalam pelajaran ke eh?xpela,benda da lepas usah dipikirkan..buat jadi tauladan je.pandang depan terus kedepan,sesekali kene pandang ke bawah.aku nak jadikan entri ni sebagai janji aku.soryla,lately entri aku psl ni je,tapi ini je yang aku pikir buat masa sekarang.