Tuesday, November 29, 2011

tekad

aku tekad..

insyaAllah sebelum aku umur 35,aku dah ada post basic utk jd midwife and degree in nursing..

lepas tu aku nak balik ke kolej kpj ni balik utk jadi lecturer..

aku suka mengajar..

aku xnak students aku rasa apa yg aku rasa..

semoga Allah permudahkan segalanya..

sapa2 yg nak bersalin nnt,panggil aku..haha..

tekad nak jd bidan..

Friday, November 4, 2011

konflik

aku tak tahu apa salah aku..

aku tak tahu apa masalah aku..

aku tak tahu kenapa dengan diri aku..

aku tak tahu kenapa aku mesti lalui semua ni..

aku tak tahu kenapa mesti dia tapi bukan aku..

aku tak tahu sampai bila aku boleh sabar..

aku tak tahu apa yang aku boleh buat..

aku tak tahu kenapa aku mesti berdepan dengan dia..kenapa aku?????

aku dah lupa untuk rasa tenang..

aku buntu..aku serahkan segalanya pada Allah..aku redha..itu saja yang aku mampu lakukan..REDHA..

Wednesday, September 28, 2011

ashraf muslim

ye aku memang minat dia..bukan minat sampai tak boleh tido malam.minat pembawakan dia.

haaa..alkisah..tadi mira kakakku pergi kajang nak pegi buat kad kahwin,dia terjumpa dengan ashraf muslim sekali dengan isteri dia..

kakak aku pon cakapla kat ashraf muslim,yang aku ni peminat dia..

ashraf muslim pon kirim hadiah kat aku..haha..ala,lupa plak nak tangkap gambar.

hadiah dia,buku kecik penuh dengan asmaul husna dengan khasiatnya..sangaaaaaaaaaaaaatttt baguussss..

aku rasa hadiah mcm ni sgt bagus dan berguna..terbaikla ashraf muslim.memang respect habis.

daannn..isteri dia cute sangattt..haii..jeles jeles jeles..haha


bak kata cik zah (mak najmi aka jiran)..xpe qin,ashraf muslim dah kahwin,redha je..cik zah doakan eqin dpat boyfriend muka macam ashraf muslim...

hahha..amiiinnn..

p/s: malam ni tido nak mimpi putera idaman datang selamatkan aku lagi..hihuew..boley plak pilih pilih mimpi...

Tuesday, September 20, 2011

akak akak nurse

hee..

kite nak tunjuk kawan baru kite..

semuanya akak nurse sama macam kite,

kiteorg belum dapat uniform lg,lambat lg...

tengokla kawan kawan kite..

ni shira..umo 18..

sebelah tu amira,bwh ni teo..hikhik

paling kiri,viqy,devi,kite dengan divya

diorang ni semua housemate kite..diorang baik + sporting..kite suke diorang..

nanti kalau kite dapat ramai kawan lagi,kite bgtaw taw..

p/s:entri kali ni saje je nak menggedik,sebab kurang kasih sayang..haha

Friday, September 16, 2011

rendah diri

dah lama aku tak update blog ni sebab busy,yup,aku baru seminggu masuk kpj.bolehla,best jugak kat sini.housemate semua best,baik cina mahupun india.diaorang best.

tapi,apa yang aku tak berkenan kat sini,pergaulan bebas sangat.lelaki perempuan bertepuk tampar.ada satu hari tu,ada budak lelaki tu nak salam dengan aku.apa lagi..kenalah tazkirah seminit dua kat dia.haha.takde lah.tapi aku berterus terang cakap kat dia aku tak suka.
 housemate aku ramai yang umur 18..aku dah pesan kat diorang,tak boleh langkah bendul..haha

tapi,dalam sibuk sibuk seminggu ni,aku rasa rendah diri sangat dengan kawan kawan aku yang lain.serius,walaupon diorang cakap diorang tak kisah,sama je dengan aku,tapi aku tetap rasa rendah diri.kadang kadang bukan aku tak nak tegur,cuma perasaan rendah diri tu dah cover semua perasaan yang lain.

yelah,nurse je.main taik orang.kadang kadang,bila jumpa sesiapa pon,mesti ada yang tanya..'tak geli ke nak basuh berak orang semua tu'.

tipulah kalau aku cakap aku tak geli,tapi nak buat macam mana,kalau pekerjaan tu yang boleh aku bagi duit kat mak ayah aku nanti.

tapi,aku selalu ingatkan diri aku,kita kerja kerana Allah Taala.itu masa orang tu sakit,masa kita,kita tak taw lagi.bila orang sakit,kita layan dia baik2,berkuranglah sikit sakit dia tu.

tapi aku bersyukur sebab Allah masih lagi bukakan pintu rezeki untuk aku.baru baru ni aku dapat panggilan interview untuk jadi medical assistant.InsyaAllah aku pegi interview tu.

tapi,aku rasa aku tak buat pilihan yang salah la..banyak kelebihan pilih kpj ni
-dapat kerja lepas abis belaja
-boley bersalin free kat kpj untuk 2 anak yang pertama
-mak ayah,suami,anak anak kalau masuk kpj dapat diskaun
-gaji yang agak lumayan

tak pe,rezeki Allah sentiasa ada untuk kita...=)

Saturday, September 3, 2011

raya,balik kampung,kenduri

kenduri kahwin sepupu

pengantin perempuan dalam bilik pengantin..hahaha..xdela..menumpang je..

mama

malu nak keluar rumah..haha


mira,abah,mama,eqin..kakak photographer

terpeleot kepala baby ni..haha..jangan risaula..memang baby ni  selesa duduk macam ni..

pantai murni..pi pekena laksa,..

suku bahagian sedara mara..hehe

i love u mama


hari raya pertama..rumah bersepah sbb tengah berkemas nak balik kampung..abah,eqin baik kannnnn..haha

mama,eqin baik jgak kannn...

eqin ringan kan bah..

my happy family

dengan paknjang..

budak budak memang suka aku..hahah