Friday, September 16, 2011

rendah diri

dah lama aku tak update blog ni sebab busy,yup,aku baru seminggu masuk kpj.bolehla,best jugak kat sini.housemate semua best,baik cina mahupun india.diaorang best.

tapi,apa yang aku tak berkenan kat sini,pergaulan bebas sangat.lelaki perempuan bertepuk tampar.ada satu hari tu,ada budak lelaki tu nak salam dengan aku.apa lagi..kenalah tazkirah seminit dua kat dia.haha.takde lah.tapi aku berterus terang cakap kat dia aku tak suka.
 housemate aku ramai yang umur 18..aku dah pesan kat diorang,tak boleh langkah bendul..haha

tapi,dalam sibuk sibuk seminggu ni,aku rasa rendah diri sangat dengan kawan kawan aku yang lain.serius,walaupon diorang cakap diorang tak kisah,sama je dengan aku,tapi aku tetap rasa rendah diri.kadang kadang bukan aku tak nak tegur,cuma perasaan rendah diri tu dah cover semua perasaan yang lain.

yelah,nurse je.main taik orang.kadang kadang,bila jumpa sesiapa pon,mesti ada yang tanya..'tak geli ke nak basuh berak orang semua tu'.

tipulah kalau aku cakap aku tak geli,tapi nak buat macam mana,kalau pekerjaan tu yang boleh aku bagi duit kat mak ayah aku nanti.

tapi,aku selalu ingatkan diri aku,kita kerja kerana Allah Taala.itu masa orang tu sakit,masa kita,kita tak taw lagi.bila orang sakit,kita layan dia baik2,berkuranglah sikit sakit dia tu.

tapi aku bersyukur sebab Allah masih lagi bukakan pintu rezeki untuk aku.baru baru ni aku dapat panggilan interview untuk jadi medical assistant.InsyaAllah aku pegi interview tu.

tapi,aku rasa aku tak buat pilihan yang salah la..banyak kelebihan pilih kpj ni
-dapat kerja lepas abis belaja
-boley bersalin free kat kpj untuk 2 anak yang pertama
-mak ayah,suami,anak anak kalau masuk kpj dapat diskaun
-gaji yang agak lumayan

tak pe,rezeki Allah sentiasa ada untuk kita...=)

1 comment:

  1. darl, sorry dah lama tak online tak sempat nak baca blog kau, darl, rezeki kan urusan Allah.
    jangan mengalah darl!

    ReplyDelete