Sunday, May 29, 2011

kampung

yeay..insyaallah rabu ni nak balik kampung...tgk tok..dan yang paling best MAKAAAANNNN!!!

confirm berat naek..skrg da 54kg..hmm bg ngan2 60kg la..

sila2 tgk kampungku...

rumah tok dan tokwan..belakang sawah padi

sawah padi terbentang luas..xde bangunan..bila malam angin kuat gila..

malam gelap je dan banyak nyamuk..tp tenang hati bila merenung jauh ke sawah padi

tu rumah moyang..bermisteri sikit..so mmg xkan buang air besar mlm2 sbb jamban kat luar!!

Saturday, May 28, 2011

khas untuk kau nadia

kau tgk ni haaaa...gambar double chin ni haaa...huuuwaaa..budak2 ni mmg nak kena!!kalau ye pon  uploadla yg cantik sikit..hahahah...

Sunday, May 22, 2011

risau

esok anak2 murid semua ada exam..

risau plak diorang x boley jwb..

risau plak aku x ajar apa yang sepatutnya..

risau kalau terhutang ilmu dengan diorang..

Ya Allah,permudahkanlah mereka untuk menjawab peperiksaan,terangilah hati mereka..amiinn..

tapi dlm kerisauan ada kebahagiaan..haha

Cukuplah cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan. Sesungguhnya, rencana ALLAH itu yang terbaik :)

Wednesday, May 18, 2011

tok

tok..rindu kat tok..

aritu satu family balik,aku je x balik sbb exam..

time mama balik aritu,tok x boley bangun..

risau plak..

insyaAllah dua minggu balik kampung =)

nak cari jap gambar tok..

terjumpa gambar tok bersama cucunya..hehe

happy =)

heheh..

happy sangat arini sbb ada sambutan hari guru kat sekolah tadi..

arini pegi sekolah pon pakaila eyeliner sikit kan..haha

ramai budak2 puji sbb x penah nampak..haha

ada sukaneka..

masa agenda penyampaian hadiah daripada murid td aku duduk jela..

yela..aku cikgu ganti je kan.xkanla ada budak nak bagi hadiah..hahah

tiba2 sorang budak datang,lepas tu bertalu2(ceh,bunyi mcm banyak je)

haha..

tapi ada 2 hadiah yang istimewa dihati aku..

bukan hadiah mahal,tapi pemberian yang sangat ikhlas..

kad ucapan drpd hanis hafizol dengan rushdi..

kenapa special?

diorang ni anak yatim,xde duit nak beli hadiah tapi dia berusaha buat kad..

aku rasa terharu sangat..serius,aku bukan orang yang cepat tersentuh,tapi kes ni mmg  x boley nak tahan air mata..

rushdi ni selalu tido dlm kelas..

aku tanyala kenapa..dia cakap dia bangun pukul 5 pagi.

kesian dia baru 10 tahun..tambahan,badan dia kecik macam budak darjah dua..mata dia selalu merah sebab tahan mengantuk..

dia x reti membaca yang dia taw mengeja..itupon merangkak lagi..tu yang buat aku lagi terharu sbb dia berusaha tulis ucapan yang dalam kad tu untuk aku..

Ya Allah,peliharalah mereka ini dunia akhirat..

bukan bersikap pilih kasih,tapi siapa yang x tersentuh kalau tgk diorang 2 orang ni..

x boleh teringat,sedih..

aritu aku tgk rushdi bawa bekal air milo,aku tanyala siapa yang bancuh..

dia cakap bancuh sendiri..kesiannya..

aku bagitaw mama psl diorang ni,mama suh aku bawa diorang jumpa mama nnt,nak buat anak angkat,beli buku latihan..ajar,bagi bimbingan khusus..

kesian,kat rumah anak yatim diorang ada banyak aktiviti,so xde perhatian khusus dan rehat yang cukup..kesian..aku sedih sangat2 tgk diorang..

okayy,masok cite len plak..

anak murid aku tahun 5 buat pantun..hahahah...yang penting aku ketawa..

ada budak bagi bekas hantaran untuk cincin..hahahah..lambat lagi la..

okayy kita tgk jela..

ye,pokok cili tu pon hadiah dr anak murid jgak..

cuba baca..aku ketawa gila bila baca..haha

kumpulan kami buat dikir barat..xtaw kecek klate..tp okayyla ada la bunyi kelantan tu sikit..haha

Thursday, May 12, 2011

hasrat hati

hasrat dihati ingin menunaikan umrah ramadhan tahun ini..

tetapi duit tidak mencukupi..

insyaAllah,niat da ada Allah permudahkan urusan..

ajak mama ngn abah,tapi abah nak bawa satu keluarga..kalau mcm tu susahla sikit..nak kena kumpul duit..

Ya Allah permudahkanlah urusanku..teringin sangat..

Wednesday, May 11, 2011

hehe

tgk orang laen bertunang,teringin nak bertunang..haha

apala rasa jadi tunangan orang kan..hahah..

jauh lagi perjalanan..

Sunday, May 8, 2011

gelora

mcm geli lak entry 'gelora'..hahahah

xdala..bukannya gelora apa pon..

biasala..kadang2 malam sunyi sepi nak tdo teringat..

tapi siapala kita..

xpa..kejayaan datang daripada semangat yang tidak pernah kalah kan..

dan andainya aku kalah pon..aku akan redha =)

Allah ada aturanNya sendiri..dan aku yakin padaNya..

aku akan terus sabar..

ni bukan nak minta simpati cuma secebis luahan hati..

aku rasa aku berhak untuk meluahkan..kalaula sesiapa memahami aku.

surat untuk mama

mama..

terima kasih untuk segalanya..

sebenarnya ucapan terima kasih ni pon x cukup ma..

x cukup kalau nak dibandingkan kesakitan yang mama alami..

penat mama jaga eqin,menyusukan eqin..

eqin aku akui,eqin ni ego,xboleh nak luahkan dgn kata2 depan mama..

tp eqin selagi boleh tnjukkan dgn perbuatan yang eqin sayangkan mama..

sebenarnya eqin bukan nak sangat kerja jadi cikgu ganti..

tp sebenarnya eqin nak teman mama..

pagi2 6.50 da keluar pegi cyberjaya..sejuk aircond..

bahaya lagi..highway mex tu banyak lori..

bila mama tension kat tempat keje,eqin ada kat sebelah mama kalau ma nak mengadu..

sekarang eqin paham sangat apa yang ma rasa..sbb eqin sebahagian drpd mama..

bila balik,eqin drive sbb xnak bagi mama penat..

eqin cuba buat yang terbaik untuk mama..

tp eqin selalu juga lukakan hati mama..

eqin minta maaf sangat2 sbb mulut eqin berat sangat nak ucap perkataan 'maaf' kat mama..

entahla..eqin akui eqin ni degil..

eqin minta maaf sangat2..

eqin janji eqin buat mama bangga dengan eqin suatu hari nnt..insyaAllah..

andai kata eqin meninggal..ini adalah wasiat untuk mama..

Thursday, May 5, 2011

budak drjah dua

kene taip cepat2 battery da nak abis..okayyy

hari jumaat..

masok 2B..

muzik..

okayy sementara menunggu mereka menyalin lirik lagu..

aku pon soal la budak2 ni..

'sapa penah pegi luar negara?'

majoriti angkat tgn..

oh,boley tahan kaya diorang ni..

'okayy kamu pegi mana'

'dubai!!'

'oo..kamu?'

'england!!'

'oo..okayy..insyaAllah saya akn smpai jgak nnt..kamu??'

'taiping!!!'

'ooo...(gelak dlm hati)..kamu?'

'melaka!!!'

"(x boley jd ni)..kamu taw x luar negara tu apa?luar negara tu luar dr malaysia'

'tawla cikguuuu..'

ceh budak2 ni..tnjuk pandai..hahhahahaha..

'dah..sambung salin,da salin lukis da lukis warna!!'

itulah rutinku..x larat nak gelak dgn budak2 ni..hahah