Saturday, July 30, 2011

mari jaga muka kita

haa..hari ni aku nak kongsi la serba sedikit pasal penjagaan muka ni.aku start pakai pencuci muka dari darjah empat.haa,awal tak..tapi tu cuci sekali dua curi curi mak aku punya.time tu guna Dove.lepas tu tak pakai dah sampaila naik tingkatan satu.time tu aku pakai Olay.ha,yang ni bagus.tak tipu.bila pakai minyak minyak dihidung sukar untu dicari.habislah makcik goreng pisang da takde minyak.haha..dalam setahun macam tu aku pakai Olay,aku stop sebab ada dengar dia pakai bahan chemical yang tak bagus.okayy,beralih pula kepada Mustika ratu dengan Sari mawar.dua dua sekali aku pakai.pencuci muka pakai mustika ratu,toner pakai sari mawar.yang ni bagus.sebab guna proses penapaian.bagus ya.form 3 macam tu bila aku da bosan pakai mustika ratu dengan sari mawar,aku bercinta pulak dengan sebamed.yang ni lama aku pakai.3 tahun.kalau sesiapa yang ada masalah kulit sensitif pakaila sebamed ni,insyaAllah dapat membantu.walaupon pencuci dia lagi mahal dari safi,semua tu tapi berbaloi.sebotol yang biasa tu boley tahan 3 bulan kalau pakai siang dan malam.lepas tu aku tukar lagi pakai tia amelia,yang ni bagus,tapi aku tak berapa suka,sebab kalau pakai bedak asas dia,muka macam berminyak tak boley bernafas.

tahun lepas aku start pakai safi perfect 10.ini pon bagus,untuk sesiapa kulit yang sensitif,cuma kene apply semua.ya semua.wajib.dan ni ada petua,seminggu sekali tolonglah scrub muka dan badan bagi hilang daki daki dan buang sel sel kulit mati..tolong ya,dan tolong proses blackhead kat hidung tu.kadang kadang aku rimas tengok.dan jangan SESEKALI GARU MUKA.kalau gatal kat muka,gosok gosok je pakai tapak tangan.lagi jangan selalu pegang muka,biakan je muka tu,da lawa dah.okayy ni sebenarnya nak promote.PAKAILAH NUTOX!!sangat sangat bagus,berasaskan bird nest.lagi satu kalau anda beli,takde perubahan,dijamin wang akan dikembalikan.tapi aku sebenarnye nak share ni,kalau korang pakai nutox rajin cuci muka 2 kali sehari dan WAJIB SELEPAS CUCI MUKA PAKAI TONER insyaAllah muka ada akan gebu.halus mulus.pastu kalau nak ada extra treatment lagi bagus.nutox ni,kalau pakai insyaAllah liang pori pori di muka akan mengecil,blackheads hilang,muka lembut dan anjal,lembab.banyak lagi kelebihan.sesuai untuk semua jenis kulit.macam aku ni,alhamdulillah takde masalah kulit,so sangat sesuai dengan nutox ni.

sebenarnya aku selalu cakap kat kawan kawan aku yang aku ni pemalas nak cuci muka,keluar pakai bedak johnson je..hehe..maaf ye,sebenarnye takkan aku nak terangkan satu persatu apa aku buat sebelum keluar.izzatul duduk dengan aku untuk satu sem,dia tawla apa rutin aku..haha..selalunya sebelum aku keluar aku akan cuci muka,lepastu pakai toner,then pakai moisturizer,lepas tu barula pakai bedak johnson.nampak macam banyak lapis kan,tapi tak,sebab semua ni meresap kedalam kulit,bukan macam pakai bedak asas berlapis lapis sampai nampak muka kelabu tu.bukan bukan.malam pulak lepas cuci muka,kene sapu toner juga.tapi malam aku tak pakai yang moisturizer untuk night punya sebab aku suka muka aku bebas dimalam hari..hihuew.haa,ni baru muka,nanti bila bila kalau aku rajin macam hari ni,aku bagitaw pasal lain plak..sesiapa yang nak tips macam mana nak bagi muka naik seri tu telefon aku..HAHA.,.macamlah muka aku berseri..


harap harap ada yang terpengaruh untuk memakai nutox!ngehngeh.berbaloi!

Wednesday, July 27, 2011

yang tak terluah

aku rasa hari ni aku nak luahkan apa yang tak terluah sebelum ni,samada dari segi perasaan ataupun pengalaman aku sendiri.mula-mula kita start daripada perasaan bercinta.okayy,aku pernahla bercinta *yekyek* time form 4 dulu.aku tak menyesal ada pengalaman tu,tapi aku menyesal dengan orang yang aku bercinta tu.apa2pon dia pernah ada dalam hati aku.fullstop.memang best bercinta,ada orang nak ambil berat pasal kita,ada orang nak jalan balik sama-sama time balik sekolah,rasa semangat nak pergi sekolah,senang cerita semua bestla.okayy,pengalaman aku bercinta ni,satu je kelebihan dia,dia tak pernah buat aku menangis apatah lagi kitorang bergaduh,tapi malangnya dia terlampau peramah.almaklumla anak pak rashid ni cemburu buta.xpa,ada hikmahnya..hehe..bertahanla 5 bulan,okayyla tu,buat pengalaman untuk masa depan kan.

at least bila tengok orang bercinta,kita taw macam mana rasa bercinta tu and takla desperate sangat nak ada boyfriend sampai mai ambil je sapa yang lalu.haha..tapi,biasala lumrah kehidupan nak manusia ni berkasih-kasihan*yekyek*.kadang duduk sorang-sorang terasa kesepian.apatah lagi sekarang ni kedua-dua kakak aku nak bertunang.masing-masing duk sibuk nak beli baju tunangla,nak ada berapa hantaranla.aku duduk sepi je tepi sofa seolah-olah aku dalam dunia lain.bukan tak happy diorang nak tunang nak kawin,happy sangat tapi tula..haha..paham kan.bila tengok diorang bincang-bincang pasal kawin2 ni,aku terpikir,siapala lelaki yang bertuah(bertuah ke) yang akan melafazkan *aku terima nikahnya nurul asiqin binti mohd rashid........*mungkin jiran sebelah rumah?HAHA..xdela..men2 je..kadang-kadang aku pikir aku baru 18 nak masuk 19 kenapa aku terpikir benda-benda macam ni.seboleh mungkin aku elakkan daripada berpikir tentang ni,tapi tak boleh nak lari la..haha

bila pikir-pikir balik,antara lelaki-lelaki yang pernah hadir,diorang tak pernah pon ikhlas dengan aku.huhu.xpe,Allah sayangkan aku,sebab tu dia tak temukan aku lagi dengan si dia sebab nak jaga aku..haha..tapi aku harap sangat lelaki yang bakal muncul ni paham aku.paham apa target aku.okayy,10 sept ni aku masuk kolej nursing selama 3 tahun,after graduate aku ada kontrak dengan hospital swasta selama 3 tahun.after that 3 years barula aku boleh nak sambung degree.aku harap dia pahamla apa yang aku kejar and sokong aku.bukannya apa,insyaAllah ada rezeki aku akan sambung belajar sampai tahap tertinggi,bukan apa,cuma nak gain respect from others yang selama ni duk cakap2 belakang pasal aku.aku nak diamkan mulut2 diorang ni.bukannya nak balas dendam,tapi diorang tak taw apa yang aku rasa bila dengar apa yang diorang cakap.sekarang ni aku dipandang rendah sangat2 oleh diorang.kan aku tak dapat sambung degree in law sebab muet.ada satu hari tu,aku tengok cite hindustan pastu adalah orang *macam mana nak improve english,asyik tengok hindustan je*..perghh..lagi tajam dari pedang taw x..aku bukannya tak terima nasihat orang cuma aku rasa time tu aku baru je bukak hindustan,selama ni aku dok tengok cite omputih dia tak nampak.fuuhh..Tuhan je yang taw masa tu.aku nak cerita pon tak de ayat atau perkataan yang sesuai nak gambarkan apa perasaan aku..

memang orang tak nampak aku menangis ke apa.pagi2 aku selalu sorang je kat umah,sebab semua pegi keje.time tula aku nangis,boleh dikatakan tiap2 hari..nak taw macam mana..macam drama kat tv1 yang kononya mak dia menangis bila taw anak dia meninggal.yang menangis sampai terduduk2 tu..haaa..macam tula..tapi aku malas nak cerita,kalau aku cerita pon bukannya orang boley buat apa kan..aku tak kisah nak belaja nursing ni,ambil diploma balik,cuma aku tak tahan dengan mulut2 manusia ni.mama selalu cakap kat aku,xpe dik,jangan dengar cakap orang.aku cuba.tapi Tuhan jela yang taw.

time2 macam nila aku perlukan seseorang yang boleh cakap kat aku*xpe,saya taw awak boleh*satu ayat tu pon cukuplah.memang mak aku,ayah aku,adik beradik aku ada bagi semangat,tapi aku seolah2 hilang satu cebisan hati.macam tak lengkap.kalau la secebis hati tu melengkapkan hati aku yang kecil ni..waahh,aku la insan yang paling tabah didunia.sungguh tak tipu.begitulah hebatnya chenta*yekyek*haha..

tapi aku bersyukurla,dugaan macam ni buat aku dekat lagi dengan Allah.alhamdulillah.semua ni aku share dengan Allah sebab Allah je yang paham apa yang aku rasa sebab Dia yang membenarkan perasaan ni.okayy,lepas ni aku akan buktikan yang aku ni bukan eqin yang lama.tunggu dan lihat.aku adalah orang yang bila aku target yang tu,insyaAllah dengan izin Allah aku akan dapatkan.aku cabar diri sendiri.tunggula.sungguh aku orang yang berbahaya.aku nampak je macam lembut tapi tunggula tornado eqin akan bermula.aku akan buktikan!insyaAllah,aku akan belaja betul2,then dapatkan scholarship and tajaan hospital.aku takkan lepaskan peluang yang ada.apa apa je peluang yang ada,aku akan grab cepat cepat.sungguh korang takkan kenal eqin yang lama lagi.aku tekad!

Tuesday, July 26, 2011

bercuti

jumaat lepas aku dengan family pegi bercuti..yohoooo..seronok..yela,otak tengah serabut fikir macam-macam memang tepatlah pada masanya untuk pergi bercuti.Lokasi tak jauh,Port Dickson je.Sungguh banyak yang aku fikirkan time kat PD,termasuklah masa depan aku.Aku rasa aku harus move on.Aku rasa aku tak layak untuk dia.Itu je.Tapi andainya memang jodoh aku dengan dia alhamdulillah sangat-sangat.ngehngeh.Okayy berbalik pada cuti-cuti malaysia ni,sebenarnya kami sekeluarga ingin meluangkan masa bersama sebelum salah seorang ahli keluarga kami nak berkahwin.Kira ni mungkin percutian yang terakhir sebagai keluarga asas la.Fyi,my second sis,nak bertunang bulan oktober ni insyaAllah,dan kakak yang first nak bertunang november ni.Lepastu,my second sis akan berkahwin maybe in the end of this year.InsyaAllah kalau tiada aral melintang.Time percutian ni jugakla kami meluangkan masa untuk membincangkan hal-hal kenduri-kendara ni.

disini aku sajikan gambar-gambar aku pegi bercuti.

tenang kan..

da lama aku tak memanjat,panjat balcony pon jadila

ala-ala tenung masa depan gitu..haha

macam majalah remaja tak?haha

Monday, July 25, 2011

lunch untuk orang malas

senang je..

bawang putih,lada hitam,garam,olive oil..pastu bakar!


belom masak lg nih,bila da masak,x sempat2 nak tgkap gambar dah masok dlm perut dulu dah..hihuew..

blueberry cheese cake

google resipi,pastu try..taraaaaa...



first time buat,x berapa nak cantik,tp sedapp..tak tipu..bukan nak angkat diri sendiri ye...

Thursday, July 21, 2011

terharu

haha..aku bukan terharu bagi diri aku,tapi terharu untuk orang lain..

baru lepas tengok video kawan aku..

kesian dia..dia rindu makwe dia,then dia maen piano..arrgghhh..sedap!!tak tipu..

bertuahnya si gadis itu,malangnya dia tidak tahu menghargai..xpela..bersangka baik..mungkin dia ada sebab tertentu buat macam tu..

terpikir sejenak,akan adakah orang yang akan menghargai aku sampai sebegitu sekali..maklumla aku tak lawa,tak pandai aku cuma ada tangan untuk memasak..tu je..

tiba-tiba sedih..huuwaa..haha..

Wednesday, July 13, 2011

aku luahkan segalanya

..............................

.....................................

mungkin ujian yang Allah bagi kat aku ni mengingatkan aku supaya tak sombong,tak bongkak dan tak riak dengan orang sekeliling..

mungkin ujian yang Allah bagi kat aku ni mengingatkan aku supaya untuk bersyukur dengan apa yang ada..

mungkin dengan ujian Allah ni mengingatkan aku supaya jangan memandang rendah terhadap orang lain..

mungkin dengan ujian Allah ni mengingatkan aku supaya kita tak semestinya berada diatas untuk selamanya,adakalanya kita perlu turun ke bawah...

mungkin dengan ujian Allah ni mengingatkan aku bahawa aku hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya..

mungkin dengan ujian Allah ni mengingatkan aku bahawa Allah sayang aku,itu sebabnya aku dipilih untuk diuji..

mungkin dengan ujian Allah ni mengingatkan aku bahawa banyak lagi ujian hidup yang akan aku tempuhi,ini baru sedikit..

mungkin dengan ujian yang Allah bagi ni mengingatkan aku bahawa aku perlu lebih tabah untuk menempuh kehidupan ini..

mungkin dengan ujian Allah ni mengingatkan aku supaya menjadi insan yang solehah,berakhlak mulia,redha dengan keputusanNya,tabah,dan sentiasa mendekatkan diri denganNya..

terima kasih Ya Allah..aku bersyukur padaMu kerana aku telah dipilih untuk diuji..terima kasih Ya Allah..sungguh aku menyayangiMu..subhanallah =)

Saturday, July 2, 2011

Hasbi Allah

lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzholimin

tiada Tuhan melainkan Allah,cukuplah bagiku untuk menzalimi diriku...

dalam hati hanya Tuhan je yang tahu..aku redha

Allah da tentukan apa yang terbaek untuk aku..

tapi selagi hayat dikandung badan aku takkan berhenti berusaha,berdoa dan bertawakkal..

dan sekarang..aku rasa waktu yang paling menyenangkan ialah sewaktu mengaji Alquran..

sungguh ujian ni berat untuk aku sehingga kadang2 terganggu fokus aku dalam solat..

apabila kita diuji,kita akan rasa lebih kemanisannya semasa melakukan ibadah..

walaupon air mata aku da x mengeluarkan air mata,namun hati aku masih menangis

rabbi yassir wala tuassir waatmim bilkhair...