Thursday, June 30, 2011

............

..............

........................

...............................

....................................


......................................

dalam hati siapa yang tahu,

tak cukup dengan kata semangat,

takkan boleh tandingi apa yang aku rasa,

bila aku bercerita,orang hanya boleh menghulurkan simpati,

lebih baik aku diamkan saja,

biarlah,

hanya Allah yang mengetahui,

mungkin Dia nak bagi sesuatu yang lebih baik lagi,

membawa diri,

kerana tiada hati nak bercakap dengan sesiapa pun,

maaf kalau terasa hati,

aku redha cuma aku perlukan masa untuk terima hakikat,

yang paling membuatkan aku sedih,

apabila aku tidak mampu untuk memberi apa yang aku janjikan,

sakit hati ini tidak sama dengan sakit hati sebab putus cinta,

kalau putus cinta dengan orang boleh dicari penggantinya,

kalau putus cinta dengan diri sendiri?

janganlah anda tanya diri sendiri,

sebab anda sendiri tak tahu jawapannya,

kerana bukan anda yang mengalami situasi ini,

Ya Allah,permudahkanlah urusanku,redhakanlah hatiku dengan ketentuanMu,janganlah Kau uji aku lagi,aku bukan hambaMu yang kuat yang boleh melalui semua ini.amin ya rabb

Wednesday, June 22, 2011

karipap




huuuuuu..taubat xmau buat dah..sakit tangan..lenguh woooo

okayy..bahan2

untuk doh
1 kg tepung
1/2 cawan minyak jagung / mentega
1 biji telur
secubit garam
air

inti kentang:
1 kg kentang
sedikit daging
4 biji bawang besar
segenggam ikan bilis
garam
gula
serbuk kari
cili hidup

cara2 (adeh,lenguh nak menaip)
untuk doh :
panaskan minyak,kemudian tuangkan minyak panas ke dlm bekas yang telah berisi tepung,gaul jangan bagi berketul.kemudian masokkan telur, air dan garam,uli sehingga jadi doh.

untuk inti:
blend 2 biji bawang besar dengan ikan bilis,kemudian tumiskan,masokkan rempah kari,daging,udang,dan kentang.jangan lupa garam dan gula sikit deh.masak sehingga kering.

hasilnya(aku kelip sendiri taw tepi dia)

Thursday, June 16, 2011

Allah itu maha penyayang

Bila Allah cepat memakbulkan doamu,
Maka Dia menyayangimu,

Bila Dia lambat memakbulkan doamu,
Maka Dia mahu mengujimu,

Bila Dia tidak memakbulkan doamu,
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,

Oleh itu sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan,

Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya..

terbaca puisi ni dan tersentuh..subhanallah

hati-hati

inilah padahnya kalau x berhati2..

aku tertinggal diari dalam kelas..x sedar pon..

tiba2 arini student bgtaw aku trtinggal diari..

hrp2 diorang x baca,sbb isi dlm diari tu penting sgt..

semua apa dlm hati ada dlm diari tu..

blog ni pon x dpt tandingi diari tu..

patutla hati rasa mcm x sedap je 2 3 ari ni..

mcm mana nak buat eh?

hati-hati

inilah padahnya kalau x berhati2..

aku tertinggal diari dalam kelas..x sedar pon..

tiba2 arini student bgtaw aku trtinggal diari..

hrp2 diorang x baca,sbb isi dlm diari tu penting sgt..

semua apa dlm hati ada dlm diari tu..

blog ni pon x dpt tandingi diari tu..

patutla hati rasa mcm x sedap je 2 3 ari ni..

mcm mana nak buat eh?

Wednesday, June 15, 2011

biodata

nama : nurul asiqin binti mohd rashid ( cahaya keasyikan )

tarikh lahir : 12 november 1992

tempat lahir : hospital daerah sungai petani,kedah

nama bapa : mohd rashid bin arshad

nama ibu : hasnah bte din

tinggi : 164 cm

berat : 54 kg

sekolah : sekolah kebangsaan sungai rawang
              sekolah kebangsaan taman seroja
              sam bbst
              smk bbst
              smk kklia

hobi : memasak,mop lantai,sapu sampah,tido,on9,tgk tv

cita-cita : mnjadi muslimah berjaya dunia akhirat

karakter : sangat mementingkn kebersihan tandas,sangat suka akan keselesaan,x suka ckp perkara

bukan2,penyabar,susah nak marah,susah nak memaafkan,pendendam,suka simpan masalah seorang,rapat

dengan mak ayah,suka memeluk x suka dipeluk,x suka orang yang mengada berlebihan,x suka

bergaduh,sangat mudah terjaga dari tidur,tidak pandai mnggunakan komputer dan hndphone yg canggih,suka

 menyuarakan pendapat,mengambil masa untuk bergaul dengan orang baru kenal

(pada aku laa, kau ni org pemalu lah jugak kan. kau bergaul dgn org yg kau selesa atau pn yg kau kenal. aku

 suka buat kerja dgn kau sbb senang je nak buat kerja dengan kau)<ni pendapat nadia..ooo,thanks nadia!!

makanan kesukaan : suka semua,makan je..hahah

minuman kegemaran : teh ais,carrot susu,miloooooooooooo

baju yang sangat suka di pkai : baju punjabi,jubah

nama panggilan : eqin,adik,mek kelabu,nyot,asiqueen ni mr choy yg panggil..

muzik yang digemari : yang berunsurkan bunyian seruling atau serunai

movie : harry potter,ayat2 cinta,kuch2 hota hai

tv program : oprah,iron chef,jamie oliver

drama : nora elena,ustaz amirul,nur kasih

saiz kasut : 5/6

saiz baju : M

cukuplah setakat ni kot,da ngantok..bye..aslkm

Monday, June 13, 2011

sedih

sedihla,sedih sangat2..astaghfirullah..

mungkin ada silap aku disana sini yang aku x tahu..

minta maaf sangat2 sapa2 yang terasa hati dengan aku..

xpala,ada hikmahnya mungkin..

Tuhan xkan menguji kpd hambaNya yang lemah..

Ya Allah berikanlah aku kekuatan..

walau segarang mana pon seorang ibu tu,tapi apabila anak dia bersedih,suara dialah yang paling menenangkan hati..

mama eqin sayang mama =)

tp eqin sedih tak dapat banggakan mama..

sangat memerlukan seseorang untuk mengadu T_T

Sunday, June 12, 2011

hilang semangat

lutut ni da x bermaya nak berdiri dengan tegak lagi,

x sanggup nak hadapi dunia luar,

tiada tempat alin aku bergantung melainkan Allah yang Maha Mengetahui,

setiap perancanganNya ada rahsia tersendiri,

Ya Allah,kembalikanlah semangat ni..hanya padaMu aku memohon,tiada selainMu Ya Allah..

tolonglah hambaMu yang lemah ini..

Saturday, June 11, 2011

...

assalamualaikum...

tak da idea nak tulis pasal apa..

so,nak rekomen beberapa buah buku yg rasanya sangat bermanfaat..

saya bukanlah seorang ulat buku,bukan juga penggemar novel..kalau baca novel,2 3 muka surat da tertido..hahaha

saya lebih kepada membaca buku yg lebih ke arah islamik walaupon diri tak seberapa..sungguh banyak lagi yang kena belajar..

buku2 yang harus dibaca:

1.Dahsyatnya doa ibu 

-menceritakan tentang betapa mulianya seorang ibu..antara pengisiannya "doa ibu sama seperti doa nabi kepada umatnya".ada juga kisah yang tidak kita sangka berlaku kat dunia ni akan berlaku tp ia mmg pernah berlaku(ayat putar belit)

2.Fiqh kerahsiaan wanita

-buku ini menceritakan tentang hal2 wanita.dimana terdapat kekeliruan buku ni ada jawapannya.menarik.

3.Fiqih wanita

-dalam proses nak mmbaca tp yang penting mmg menarik.

4.Muhammad Al Fateh

-kisah tentang sultan suatu ketika yg merampas kota konstantinopel dimana selama 800 tahun cubaan untuk menawan kota itu gagal.sangat menarik.sabda nabi."kota konstantinopel hanya dapat ditawan oleh panglima yang baik yang mempunyai negara yang baik dan rakyat yang baik'.

5.Tariq

-kisah tentang seorang panglima yang berani.antara kata2 beliau"lebih baik mati syahid daripada pulang dengan kegagalan.x abis baca lagi..yg penting sangat menarik..

ni bukunya,yang xda buku dahsyatnya doa ibu.barangkali kakak bawa pegi hostel..



cubalah beralih ke buku2 begini.x rugi.maaf,dari segi penulisan saya mcm orang yg kurang mmbaca kan..tp saya lebih kepada penulisan secara santai..saya juga orang yang tidak sempurna,masih belajar dan akan terus belajar. =)..doakan saya dpt MUET band 4!

wassalam.(kadang2 rasa mcm nak menangis baca blog aku sendiri,sungguh aku x pandai mengarang..huuwaa T_T)

Sunday, June 5, 2011

baby

masa aku baru lahir kat hospital,ada nenek cina tu dtg sbnrnya nak tgk cucu dia..

tp dia duk sebelah aku jaga aku,bukan cucu dia..haha

masa kecik dl x cukur jambul sbb mama kata sayang nak potong rambut aku..

masa kecik dl aku gemuk,tp da naek umur 3 tahun mcm tu kurus balik..

aku menyusu badan smpai umur 4 tahun..

dl pnggl kakak,tatak..mira jd mia..

dl masa kecik sblm pindah kl,mama jumpa cik cah (pengasuh kat kl)..cik cah cite,time tu dia teringin sgt nak jaga aku sbb aku comel!(perasan)..haha

dan aku hrp,bila ada anak nnt,adala sorang ikut muka aku nnt..hahah

yg bukan baju merah tu aku